Friday, July 6, 2012

Santai:Dari Haha untuk Tata



Kita akan melihat mereka membesar,
sambil mendidik mereka dengan tangan kita.
Kenalkan mereka dengan Islam,
melalui akhlak dan bicara kita.

Mereka akan membesar,
dalam tangan kita.
Kitalah yang bertanggungjawab,
melukiskan wajah-wajah Islam pada diri mereka.

Ada masa mereka akan merajuk.
Mereka akan memarahi kita dengan darah muda mereka.
Tetapi kita akan bersabar melalui semua itu.
Kita akan bertenang dengan mereka itu.

Mereka akan jadi anak-anak yang bahagia,
kerna menerima didikan syurga.

Hingga mereka membesar menjadi anak-anak yang bersemangat.
Berusaha kuat mencapai matlamat.
Menjadi hamba Allah SWT yang kuat dan hebat.

Kita akan tertawa bersama mereka.
Gembira bersama mereka.
Memikirkan cara-cara yang kreatif untuk mendidik mereka.
Memerah otak untuk mencari cara yang terbaik untuk membesarkan mereka.

Dan mereka dan kita saling sayang menyayangi.
Cinta mencintai.
dan semua itu akan kita bina berdasarkan keimanan kepadaNya,
biar mereka juga menjadi yang memahami hubungan indah ini,
lantas membesar menjadi hamba yang punya cantiknya peribadi.

Aku di sini menantimu wahai bakal isteriku
Dan aku telah memulakan perjalananku.
Hari ini aku mengajak kamu,
untuk bersama-sama denganku.

Biar sebelum tiba hari kita bersatu,
kita sudah mendidik anak-anak kita terlebih dahulu.
Agar nanti tiada yang menuding jari kepada kita di akhirat sana,
akan kelalaian kita mendidik mereka.

Ini cita-citaku,
wahai bakal ibu kepada anak-anakku.
Moga kau juga berimpi yang sama,
biar nanti kita sama-sama bahagia mengerjakannya. 

“Behind every great man is not a woman. She is beside him, she is with him. Not behind him.” 
(DR Tariq Ramadan)

07072012
Kad jemputan 'mereka'
Semoga Allah memberkati mereka sentiasa.
Aamiin.

 بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في الخير


"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”


p/s:kenapa 'Haha' dan 'Tata'? jawapannya ada di dalam cerpen 'Masyitah' dalam himpunan cerpen MATAHARI karya Hilal Asyraf.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...