Pages

Monday, July 16, 2012

Pabila Aku Sakit...


"And when I am ill, it is He Who cures me.." (26:80)

14072012
1430
Shah Alam

Pabila aku sakit
Dia yang akan menyembuhkan

Immuniti badan semakin lemah
suhu badan kian bertambah
rongga hidung semakin basah
mata pula digenangi 'kaca-kaca indah'

Hajat asal diubah kerana terasa lemah
bimbang tidak membantu malah menyusah

Namun,hati harus pasrah
kerana pasti ada hikmah
yang telah ditetapkan Allah.

15072012

Hujan masih turun
sejak petang tadi
sekejap lebat sekejap renyai

Sejak semalam, syahdunya hati ini
baru berkumpul sudah kena berpisah
sekejap gembira sekejap sedih.

Ya Allah..peliharalah hati-hati kami
eratkan ukhuwwah ini
semoga sentiasa dibawah rahmatMu ya Rabbi.

قوتنا في وحدتنا
Kekuatan kita pada kesatuan kita

semoga kita semua istiqamah menuju jalan keredhaanNya.
mohon doanya.

Menangis di bawah teduhan
atau menangis di dalam kehujanan..?
Aku memilih untuk menangis di dalam lebatnya hujan
kerana biar tiada siapa tahu yang diriku teresak-esak dalam tangisan.

namun,..Allah Maha Mengetahui segala isi hati ->>(3:29)

3 comments:

Anonymous said...

syafakillah ukhti.. maaf pasal x p hr tu :(

'Adani Sanusi said...

akmal demam ka? syfakillah.. semoga Allah lindungi kamu. sayang kamu.. ^^

Nur Hayatul Akmal said...

to Afifah:

shukran,mohon doanya..
xpe,mgkin boleh jmpa lain kali =)

to Nuranis:

shukran,doakan akmal ya..
sayang kdani juga..jumpa nanti ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...