Pages

Tuesday, June 5, 2012

Love Letters Compilation


Al-Quran,kalam suci kalam tuhan
didalamnya ada penawar buat hamba yang kesakitan.

Didalamnya ada kisah yang menguatkan
didalamnya ada peringatan yang menginsafkan
ianya sebuah mukjizat yang dinantikan umat akhir zaman.

Sungguh rugi bagi yang meninggalkannya
Sungguh rugi bagi yang mensia-siakannya
Kerana ia bisa menjadi hujah yang membela atau hujah yang membantah bagi pembacanya.

Amat beruntung bagi yang beriman kepadanya
Amat beruntung bagi yang mengamalkannya
Sungguh,ia bakal menjadi syafa'at pada akhirnya.
.......

Dipetik dalam peristiwa Hijrah ke Habsyah.

"Abu Bakar melanggar perjanjian.Dia melakukan perkara yang tidak kami senangi," kata Abu Jahal.

"Kami mahu kamu tarik semula perlindungan ke atas Abu Bakar kerana dia mungkir janji," kata Abu Lahab pula.

Ibnu Dughunnah berjanji akan berjumpa dengan Abu Bakar bagi menyelesaikan perkara itu.

"Saya tidak melanggar perjanjian itu kerana membaca Quran di dalam rumah sendiri.Saya tidak boleh menghalang sekiranya ada sesiapa yang datang mahu mendengarnya," kata Abu Bakar cuba mempertahankan dirinya.

"Kamu aku beri dua pilihan.Jangan lagi membaca Quran ataupun aku tarik semula perlindungan ke atas dirimu." Ibnu Dughunnah memberi kata dua kepada Abu Bakar.

"Sekiranya kamu tidak sanggup lagi melindungi saya,tidak mengapa.Cukuplah Allah sebagai pelindung saya,"
kata Abu Bakar.
..

Allahuakbar..
dahulu,hendak baca Al-Quran pun sering dihalang.

Hendak baca Al-Quran tidak boleh di masjid,tapi kena baca sembunyi-sembunyi dirumah sendiri
namun,masih tidak menggoyahkan iman mereka.

kita kini bagaimana?
tiada halangan membaca Al-Quran,
tiada gangguan yang menyusahkan.

tapi,adakah kita beriman dengannya,beramal dengannya
seperti mereka?

sungguh,kita perlu mengambil iktibar dari sirah Nabi.

marilah muhasabah diri wahai hamba ilahi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...