Pages

Tuesday, June 26, 2012

Kembali Bercinta..

Bismillahirrohmanirrohim


Proses pembelajaran adalah proses seumur hidup
kita haruslah tanpa lelah dan jemu menggali sumur ilmu.

Kita perlu berinteraksi dengan ilmu semaksima mungkin,memutar akal dengan pembacaan yang pelbagai dimensi dan pelbagai disiplin ilmu supaya semakin dekat kepada Pemilik Ilmu.

Muslimah adalah ciptaan Allah swt yang unik,emosinya tak terjangkau,meledak-ledak dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung.Penciptaannya sangat unik, kisahnya sangat berwarna warni. Wanita adalah peniup obor semangat ,disisi seorang tokoh adijagat atau maestro perjuangan adalah kaum hawa yang dicipta dengan seribu keunikan.

Pemuda adalah tembok agama Islam,dibahu mereka ummah meletakkan harapan untuk menjulang dan membentengi agama.Jika anak muda diselimuti kebejatan akhlak,maka agama ini akan kehilangan pembenteng yang akan berdada dengan musuh.

Yakinlah bahawa kita adalah penyambung perjuangan kebenaran yang dimulakan oleh para rasul dan para anbiya yang hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini.Oleh itu, yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di bumi ini yang boleh menghalang perjuangan Islam ini.

Semoga dengan asbab buku-buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat dan ilmu serta memberi kejernihan fikrah kepada diri supaya terus gigih mencari dan mengamalkan ilmu yang ditinggalkan oleh ilmuan islam terdahulu dan terkini. 

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata." (48:1)

Jika inginkan kemenangan,maka diri haruslah dipersiapkan sebaiknya dengan tarbiyah dan dakwah yang syumul dan berterusan.

2 comments:

'Adani Sanusi said...

yg ni buku baru beli ke?

Nur Hayatul Akmal said...

to Nuranis Sanusi:

ya..baru beli ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...