Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu...
BONUS 1= Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi disisi Allah.
BONUS 2= Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
BONUS 3= Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari & berfirman:'Hampir-hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran & penderitaan lalu kembali kepadamu.' (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia & akhirat).
BONUS 4= Syaitan-syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.
BONUS 5= Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).."
Mengenai bonus ke-5 ini,ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w. :
"Ya Rasulullah,apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?.."
Baginda menjawab:
"Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya".
[RIWAYAT AHMAD]
***
Jom tengok bonus-bonus lain..
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!
let's grab it...
SIAPA PERLU REBUT?
wo (saya)
ni (kamu)
tamen (mereka)
sumber:solusi isu 34
p/s:Ya Allah..bila akan tiba masanya?...rindunya...xsabarnya~
2 comments:
shukron ats perkongsian bermanfaat.
^_^
to Mujaheedah Goten:
afwan..kutip ilmu kat solusi je nih ^_^
Post a Comment